JOHOR BAHARU - Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, dekat Muar, yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

"Ia hanya berita palsu dan tiada berlaku cubaan culik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita viral itu, sebaliknya, memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu.

Semalam, tersebar viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApps bahawa seorangdatuk berjaya menyelamatkan cubaan culik cucunya di hadapan rumahnya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polis menumpaskan kumpulan penculik yang didalangi polis bantuan dengan tertangkapnya seramai 29 individu termasuk lima wanita dalam serbuan berasingan sejak 3 Januari hingga 31 Januari lalu.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ empat tahun lepas.
  • ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki warga Thailand yang disyaki ada kaitan dengan kes melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bersama kereta bapanya di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri di Jitra, tiga hari lepas.
  • SHAH ALAM - Seorang lelaki dilapor terperangkap dalam kejadian di tingkat satu sebuah bangunan di Taman TTDI Jaya, dekat sini, hari ini.
  • SEREMBAN - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini, atas dakwaan menculik dan melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.