JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua selepas kenderaan miliknya didapati membawa pebagai jenis mercun, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Assisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kenderaan tersebut berjaya dikesan hasil daripada risikam serta maklumat menerusi Ops Landai yang sedang dijalankan kini.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan kira-kira jam 7 pagi di tempat meletak kereta Jalan Pandan Ria, di sini itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun bernilai RM 3,425.

"Hasil pemeriksaan kemudian menemui pelbagai jenis mercun dalam kenderaan MPV terbabit dan lelaki berusia 35 tahun itu turut ditahan untuk siasatan selanjutnya.

"Antara mercun yang dirampas ialah magic boom (31 kotak), thunder clap roket (lima kotak), king cat (6 kotak) dan happy boom (4 kotak). Turut dirampas MPV terbabit bernilai RM45,000," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Paul berkata, Kesemua barangan yang dirampas kemudian dibawa ke Markas PPM di sini, untuk siasatan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1957.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Dua lelaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) kerana disyaki menggali emas secara haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Stong Selatan, Tanah Merah, dua hari lepas.
  • PUTRAJAYA - Seorang Pengurus Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tujuh kontraktor dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • KOTA BHARU - iga ditahan termasuk dua wanita yang terlibat dengan kegiatan penyundalan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Kebun Sultan, dalam serbuan tengah malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam dan Ahad lepas, dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Yang Dipertua sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan perniagaan di Perak kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah, hari ini.