BANTING - Polis sedang mengesan waris mayat yang dijumpai di perangkap sampah, jambatan sungai Kampung Labohan Dagang, di sini pada 25 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata,keadaan mayat itu ditemui dalam keadaan hampir reput dijangkakan sudah mati kira-kira tiga atau empat hari.

“Siasatan dan semakan tidak dapat dikenalpasti status mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan kawasan sekitarnya.

“Semasa dijumpai mayat hanya berpakaian baju T berwarna kuning berjalur hijau jenama Polo. Mayat dipercayai warga tempatan dan berbangsa melayu berdasarkan kesan suntikan BCG di lengan kirinya dan juga berkhatan,” katanya.

Azizan berkata, bentuk fizikal mayat yang berkulit gelap ini berketinggian kira-kira 1.6 meter dengan berat badan 90 ke 100 kilogram.

Katanya, pihaknya telah cuba mengesan identiti mangsa berdasarkan cap jari dengan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah D2 Bukit Aman dan juga di Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi ianya gagal dikesan.

Justeru, mana-mana individu atau waris yang mengetahui status mangsa boleh tampil membantu siasatan kami atau menghubungi pegawai penyiasat atau Balai Polis Banting di talian 03-31877957 dan 012-3113213

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMPANG - Mayat lelaki ditemui terbaring dalam kawasan semak di hadapan sebuah kedai dobi di Taman Kosas, di sini, pagi tadi.
  • ROMPIN - Gerakan menngesan dan mencari mayat seorang lelaki yang dilihat terapung di Perairan Pulau Sri Buat, Tanjung Gemok, Rompin pagi tadi berdepan kesukaran apabila cuaca buruk ekoran angin kencang, hujan lebat dan laut bergelora.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan tidak berpakaian dan berulat dipercayai telah meninggal dunia sejak tujuh hari lepas ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Haji Sulaiman, Berapit di sini hari ini.
  • LENGGONG - Mayat seorang daripada dua pemancing yang hilang akibat bot dinaiki mereka karam di Tasik Raban berhampiran Kampung Kelantan di sini, ditemui hari ini.