KUALA LUMPUR - Tangkapan ke atas seorang buruh membawa kepada penemuan stor dan bilik penyimpanan dadah jenis ganja di Brickfields sekaligus berjaya mematahkan kegiatan pengedaran dadah itu yang dipercayai aktif sejak dua tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata tangkapan terhadap lelaki tempatan itu membawa kepada rampasan beberapa ketulan ganja mampat seberat 3.5kg bernilai RM8,400.
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata suspek ditahan pada Isnin lepas pukul kira-kira 6.35 petang, di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
"Tangkapan ke atas suspek telah membawa polis pada hari yang sama ke sebuah stor yang disewa lelaki itu di Brickfields dan menemui ketulan dadah dipercayai jenis ganja seberat 480 gram dibungkus dengan surat khabar.
"Susulan daripada itu, sejam kemudian polis menyerbu ke sebuah bilik berhampiran dengan lokasi stor yang juga disewa lelaki itu dan telah merampas tidak kurang dalam enam item yang dibungkus dalam paket kecil dipercayai ganja seberat kira-kira 3kg," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang telah mendirikan rumah tangga dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu, telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah untuk pasaran tempatan sejak dua tahun lepas.
"Kita juga akan menyiasat sama ada kegiatan suspek ini turut melibatkan anggota sindiket yang lain," katanya.
Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.- Bernama
Polis bongkar stor penyimpanan ganja di Brickfields
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Cabul: Pelakon nekad saman pengarah
- Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem
- Bekas isteri dakwa kena gigit, dipijak
- Dicekup bogel dengan nelayan
- Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol
- Derita jadi hamba seks bekas kekasih
- Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol
- 2 pegawai SPRM, seorang bayi maut kemalangan
- 'Tengku Fakhry dirayu dapatkan kebenaran bawa keluar Bentley'
- Polis sahkan Cinang mati lemas, dirogol
- Kereta pelancong Hong Kong dirempuh kereta api
- Adun kena pukul
- Niat rompak berakhir tragedi
- Imam Muda, Penghulu mengaku cetus pergaduhan di Pasir Puteh
- Rogol: Warga Indonesia dipenjara, 3 sebatan
- Utusan Melayu diarah bayar ganti rugi kepada Karpal Singh
- 'Tisu gagah' berbahaya
- Lebih 600 tinggal sehelai sepinggang
- Janin ditemui dalam mangkuk tandas
- Runtuhan: P.Pinang tubuh suruhanjaya




