KULAI - Polis berjaya menyelesaikan kes penculikan melibatkan seorang suri rumah yang ditahan selama 27 hari di sebuah rumah ladang di Batam, Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berusia 44 tahun itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas diselamatkan polis negara ini, dengan polis Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, polis turut menahan 18 individu warga tempatan dan warga asing berusia 18 hingga 50 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes penculikan pada 21 Februari.

"Kejayaan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (PDRM) dengan bantuan rakan dari Indonesia dan Singapura berjaya menyelamatkan mangsa culik pada pagi semalam.

"Hasil kerjasama pihak keluarga, tiada publisiti berhubung kes ini, selepas 27 hari, polis berjaya mengesan mangsa dan menahan 12 orang di Johor Bahru serta enam orang di Batam selain selamat membawa pulang mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khalid berkata, polis akan membuat siasatan ke atas semua individu yang ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan.

Beliau turut enggan mendedahkan nilai wang tebusan yang diminta suspek, namun mengesahkan jumlah terbabit adalah besar.

Difahamkan, wanita terbabit diculik dari kediamannya di sini dan dibawa ke Batam dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan Februari lalu.

Mengulas mengenai kejadian melibatkan Pastor Raymond Koh, Khalid memberitahu pihaknya masih belum mendapat petunjuk baharu dan meminta agar kes tersebut tidak diberikan publisiti meluas.

"Jangan bagi publisiti, polis ada dan sedang siasat untuk menyelamatkan mangsa.

"Kes Pastor ini sudah masuk 35 hari. Jadi bila banyak perkara dipersoalkan, buat kenyataan dalam media, mungkin bahaya kepada mangsa," katanya.

Justeru, beliau memohon media, orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kes ini, untuk 'menutup mulut' kerana boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Seorang lelaki dilapor terperangkap dalam kejadian di tingkat satu sebuah bangunan di Taman TTDI Jaya, dekat sini, hari ini.
  • SEREMBAN - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini, atas dakwaan menculik dan melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.
  • PORT DICKSON - Polis hari ini membawa dua suspek kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun di Kuarters Kakitangan Politeknik Port Dickson ke sebuah rumah di Bandar Springhill yang dipercayai lokasi mangsa disorokkan sepanjang tempoh kehilangannya, kira-kira 17 jam.
  • SEREMBAN - Dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Khas (Reman) Seremban, di sini, hari ini, berikutan dipercayai terlibat dengan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Kuarters Kakitangan Politeknik Port Dickson.
  • TELUK INTAN - Seorang pengurus ladang yang sebelum ini berdepan pertuduhan memperdagangkan 15 individu sebagai buruh paksa, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan menculik dan menyembunyikan dua individu yang merupakan saksi kes berkenaan pada hujung Mac lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.