JOHOR BAHRU - Seorang pemuda yang dipercayai mengalami masalah mental ditemukan mati lemas di Sungai Muar berhampiran sebuah pasar awam, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Marzuki Ismail berkata, Hafizudin Jamaluddin, 25, yang merupakan pesakit mental Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, sebelum itu dilaporkan terjatuh dari sebuah jeti lalu dihanyut arus.

"Bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian jam 9.50 malam itu kemudiannya menemukan mayat mangsa tersangkut di bawah tebing pasar awam berkenaan selepas kira-kira sejam.

"Jarak antara tempat dia terjatuh dan lokasi penemuan pula adalah kira-kira 150 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke HPSF untuk bedah siasat. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ahli keluarga Muhammad Amirul Ashraf Abdullah yang lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, semalam akan berangkat ke negara itu malam ini untuk urusan menuntut dan membawa pulang jenazah.
  • BESTARI JAYA - Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan lemas semalam di Sungai Rantau Panjang di Kampung Sungai Darah, akhirnya ditemui hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.