KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan sehingga 27 Sept, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang tinggal di kawasan berkenaan agar berada di dalam rumah serta tidak memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha calet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung," katanya.

Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan hingga 28 Jun, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang ini akan dilanjutkan hingga 27 Mei depan.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan hingga 7 April, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutkan hingga 22 Mac, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
  • KUCHING - Perairan negeri Sabah kini selamat untuk dilalui berikutan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi lain termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sering melakukan rondaan bagi memastikan ia bebas daripada pencerobohan musuh.