TELUK INTAN - Seorang penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah 11 April lalu.

Tertuduh Mahir Affandi Mohamad, 35, dituduh melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah kakitangan Felda Gunung Besout 2, Sungkai pada jam 2 pagi.

Pertuduhan pertama melibatkan kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 20.3 kilogram bernilai RM1.8 juta dan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan kedua dan ketiga melibatkan kesalahan memiliki dadah jenis syabu seberat 8.7 gram dan Methamphetamine seberat 2.45 gram di lokasi dan masa yang sama.

**Dapatkan akhbar Sinar Harian esok untuk berita lanjut.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.