PORT DICKSON - Seorang lelaki penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 19.5 Lebuhraya Seremban Port Dickwon (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, penunggang tersebut, Mohd Faiz Ismail,35, mengalami cedera parah dan maut ditempat kejadian.

"Siasatan awal polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal tersebut datang dari arah Seremban hala ke Port Dickson gagal mengawal kenderaan lalu bergesel dengan pembahagi jalan di bahagian tengah lebuhraya.

"Mengakibatkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian leher sebelah kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Jenazah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :