GEORGETOWN - Beratus-ratus penumpang tiga pesawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) terkandas lebih sejam pagi ini, apabila berlaku gangguan bekalan elektrik di kaunter pemeriksaan imigresen di lapangan terbang itu.
Penumpang penerbangan ke Thailand, Hong Kong dan China serta sebuah penerbangan yang tiba dari Jakarta terkandas mulai pukul 7.45 pagi tadi.
Bagaimanapun, kesemua penerbangan itu dapat berlepas ke destinasi masing-masing kira-kira pukul 9.15 pagi setelah bekalan elektrik di lapangan terbang itu pulih.
Pengurus Kanan PIA Mohd Arif Jaafar berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja menaik taraf terminal lapangan terbang itu.
"Bekalan elektrik dapat dipulihkan kira-kira pukul 9.15 pagi tadi dan kelewatan itu disebabkan petugas kaunter imigresen tidak dapat memproses pasport penumpang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pengurusan lapangan terbang mengambil inisiatif dengan membuka kaunter tambahan di aras bawah terminal untuk mempercepatkan perjalanan penumpang.
Mohd Arif berkata penerbangan antarabangsa yang terlibat itu ialah Thai Airways dan Cathay Pacific Airlines manakala penumpang Air Asia dari Jakarta yang tiba di lapangan terbang berkenaan pada pukul 8.45 pagi hanya dibenarkan turun pada pukul 9.20 pagi.- Bernama
- Polis sahkan wartawan dipukul di perhimpunan lilin pelajar USM
- Polis berkas 23 kaki judi di premis tidak berlesen
- Warga India maut jatuh bangunan di Georgetown
- Polis tumpas sarang proses syabu
- 2 mayat terapung ditemui di Pulau Pinang
- Keadaan bekas MB Kedah makin stabil
- Guru tuisyen maut jatuh dari tingkat 10
- OKU cacat pendengaran ditahan meragut
- Denyutan jantung Azizan stabil
- Wang untuk bayar ambulans Azizan dicuri




