KOTA BHARU - Seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan 46 butir peluru kapur hidup dan tiga kelongsong peluru jenis sama di rumahnya di Jalan Lemal, Pasir Mas semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumah berkenaan pada jam 12.30 tengah malam.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 46 butir peluru kapur hidup bertulisan SME bersaiz 5.56mm dan tiga kelongsong peluru jenis sama dalam sebuah beg di sebuah bilik tidur di rumah itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati peluru yang dirampas itu merupakan peluru daripada jenis senapang M4.

Katanya suspek dipercayai memperoleh peluru tersebut daripada anak saudaranya yang bertugas sebagai anggota tentera di Pahang, untuk dijadikan sebagai bahan perhiasan.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati ia negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau, katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan dan polis juga akan menjalankan siasatan ke atas anak saudaranya itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JASIN - Tiga lelaki berumur 20 hingga 30 an ditahan berikutan memiliki senjata berjadual (kerambit) di lampu isyarat Lebuh AMJ Batu Gajah Merlimau di sini.
  • PARIT - Dua anggota dan seorang pesara tentera ditahan selepas pihak polis menemukan selaras senapang patah tanpa permit bersama sebilah parang di dalam kereta yang dinaiki mereka di Jalan Siputeh-Parit di sini malam tadi.
  • KUANTAN - Seorang peniaga buah bersama isteri serta anak perempuannya mengalami detik mencemaskan selepas diikat lima lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di rumah mereka di Felda Jengka 11 dekat Maran pagi ini.
  • GEOGRGETOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan senjata api antarabangsa membabitkan tiga negara apabila menahan 17 individu, termasuk lima rakyat asing dalam serbuan di lapan lokasi di Pulau Pinang dan Johor.