KUALA LUMPUR - Seorang pengutip besi buruk dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri sebuah penimbang, dua hari lepas.

M. Buvaneswaran, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.

Bapa dua anak itu diperintah menjalani hukuman penjara mulai dari tarikh tangkap pada 23 Oktober lepas.

Buvaneswaran melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan, Blok A, PPR Kampung Muhibbah, Cheras, dekat sini, pada 10.35 pagi, 22 Oktober  tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ahmad Ridza Mohd Noh merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang rendah dengan alasan dia adalah penanggung utama keluarga.

"Tertuduh mempunyai dua orang anak serta menjaga ibu bapanya yang menghidapi pelbagai jenis penyakit," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd. Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan ke atas tertuduh. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Seorang lelaki kekal ditahan di penjara selama diperkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana membunuh pelacur China yang dilangganinya, enam tahun lalu.
  • SERDANG - Ahli perniagaan berputih mata selepas 40 set komputer bernilai RM600,000 yang ditinggalkan di sebuah premis milik rakannya di Puncak Jalil, di sini, disyaki dicuri.
  • KUALA LUMPUR - Hasrat seorang pekebun untuk mati syahid dengan menyertai kumpulan pengganas Daesh tidak kesampaian apabila dia akhirnya ditangkap pihak berkuasa dalam satu serbuan di sebuah rumah pada 16 Mac tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri sepasang cermin mata bernilai RM1,099 di sebuah pusat beli-belah, seorang wanita warga Indonesia dipenjara empat hari dan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
  • KOTA BHARU - Seorang buruh binaan dihukum penjara lima tahun di mahkamah sesyen, hari ini, atas dakwaan memiliki pedang berukuran 54 sentimeter bulan lalu.