PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membuat laporan polis setelah menerima panggilan telefon berbaur ugutan, petang semalam.
Ahmad Fauzi Mahpab, yang sudah berkhidmat dengan Anwar sejak 2008, menerima panggilan pada jam 4.24 petang ketika berada di ruamhnya.
"Saya dapat panggilan daripada seorang lelaki yang menggunakan nombor Johor dan saya sifatkan ia sebagai ugutan," katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.
Menurut Ahmad, lelaki yang menghubunginya itu berkata, "hello bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol."
Laporan dibuat hari ini jam 10.38 pagi di Balai Polis Damansara.
Mengulas isu tersebut, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ancaman yang diterima semakin serius berikutan siri Jelajah Merdeka Rakyat yang bakal ke Johor, Jumaat ini.
Katanya, "kami berharap polis Johor akan mengambil serius terhadap perkara ini memandangkan kami tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku."
Nik Nazmi juga berharap agar insiden yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor.
Sebelum ini, salah seorang pengawal peribadi Anwar didakwa mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Berhubung kenyataan Umno yang menyatakan bahawa sayap itu tidak terlibat dalam insiden di Melaka itu, Nik Nazmi berkata, "kenyataan Umno itu tidak benar."
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.
Bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah dua kali iaitu di Kota Bharu, Kelantan awal pagi 1 September di hadapan Pasar Siti Khadijah.
Pengawal peribadi Anwar dakwa terima panggilan ugutan
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Noniswara dakwa cedera ditolak suami
- 'Ibu ayam' antara 7 ditahan
- Dicekup bogel dengan nelayan
- Ceroboh Lahad Datu tiada kaitan 'Sultan Sulu'
- Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol
- Derita jadi hamba seks bekas kekasih
- Runtuhan: P.Pinang tubuh suruhanjaya
- Terapung 14 jam di laut, lampu suluh penyelamat
- Adinda Sultan Selangor mangkat
- Nahas 3 penuntut: 'Arwah peluk, cium saya'
- Jumpa emas dalam sampah
- Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan
- Nahas 3 penuntut: Gurauan terakhir Adam
- Noniswara tarik semula permohonan cerai
- Nahas 3 penuntut: Mangsa masih trauma
- Perompak pecah masuk rumah bekas timbalan OCPD ditembak mati
- Pelajar disamun 4 lelaki berkereta mewah
- Warga emas maut digilis bas
- Faktor manusia punca kemalangan di Lebuhraya Plus
- 2 jam selepas samun, 3 lelaki ditahan




