SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam atas dua pertuduhan menerima rasuah lebih RM159,000 didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Mohd Adnan Md Daud, 54, mengaku tidak bersalah menggunakan hasil haram iaitu cek Maybank RM100,000 bagi tujuan pembayaran deposit rumah link dua tingkat, di Precint 10, Seksyen U13, Setia Alam.

Daripada jumlah tersebut, RM86,053.22 didakwa diperoleh hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Tingkat 2 dan 3, Kompleks PKNS Shah Alam  pada 8 Januari 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang anggota polis dari Jeli ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah RM2,000 dari tahanan dadah.
  • IPOH - Seorang bekas pegawai di Jabatan Mineral dan Geosains Perak hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah bagi tujuan kerja rasmi, dua tahun lepas.
  • PUTRAJAYA - Seorang warga Vietnam bergelar Datuk, Maimunah @Tran Thi Mai yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan Jumaat lalu kerana memberi rasuah, sekali lagi direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memberi sogokan RM890,000 kepada pegawai Maritim (Maritim).
  • KUALA LUMPUR - Seorang wanita Vietnam yang sebelum ini didakwa atas tuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) ditahan sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
  • ALOR SETAR - Seorang sarjan polis dihukum penjara 20 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan RM200 pada 2015.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.