BAHAU - Niat seorang lelaki mencuri barangan dalam sebuah rumah di Bahau, di sini tidak kesampaian apabila dia ditangkap ketika menyorok di pintu belakang bilik yang dimasukinya.

Lebih menarik, pencuri berusia 26 tahun itu sanggup meninggalkan kad pengenalannya semata-mata kerana mahu melarikan diri sebaik dicekup.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi kelmarin, bukan saja dicekup, malah lelaki terbabit seolah-olah berserah sebaik kad pengenalan dan dompetnya diperiksa penghuni rumah yang menangkapnya.

“Kejadian disedari penghuni yang ketika itu baru pulang dari pasar Bahau apabila mendapati ada sepasang kasut tidak diketahui milik siapa di hadapan rumahnya.

“Penghuni itu cuba menolak pintu beberapa kali lalu keluar seorang lelaki tidak dikenali. Dengan pantas dia menghalang lelaki itu dan memeriksa dompet kemudian mengambil kad pengenalannya. Bagaimanapun dia berjaya larikan diri,“ katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor mengesahkan laporan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Penjenayah 'lone ranger' akhirnya dicekup selepas kegiatannya mencuri kenderaan Perodua Kancil sejak beberapa tahun lalu dibongkar.
  • KULIM - "Adik baca pelbagai ayat suci al-Quran untuk menghalau bunyi bising yang didengar dan disangkanya hantu dekat tingkap bilik namun tak juga berkesan," kata seorang pekerja kedai kosmetik Farah Hanim Ahmad, 22, yang menceritakan kembali detik cemas dialami dia bersama dua adik perempuannya yang hampir menjadi mangsa curi di rumah mereka di Taman Selasih kira-kira jam 12.25 pagi, tadi.
  • KUALA LUMPUR - "Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya," kata Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, 48, menceritakan saat getir dialaminya ketika kediaman rasminya di Las Condes, Santiago, dipecah masuk pada Isnin.
  • KULIM - Seorang pemilik kedai emas di satu pusat beli belah dekat sini menanggung kerugian RM50,000 apabila 20 jenis barang kemas dilarikan pekerja yang baru diupahnya, lewat petang semalam.
  • KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar sebuah kolej swasta nekad mengejar dua lelaki bersenjata pistol mainan yang memandu sebuah kereta Perodua Axia selepas mencuri telefon bimbit miliknya sebelum suspek berjaya diberkas polis, Ahad lalu.