SHAH ALAM - Satu himpunan aman oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia, di Dataran Rehal Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan pada 21 Julai ini selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan perkara itu menambah himpunan tersebut bertujuan untuk meluahkan perasaan mereka pada dunia.

“Israel menunjukkan keangkuhan mereka dengan menzahirkan persengketaan terhadap Islam dan umatnya serta turut menjadi dalang menyebarkan Islamophobia dan menuduh Islam sebagai ekstremis.

“Mereka kini sedang mencemar dan mencabul kesucian rumah ibadat umat Islam secara kekerasan serta melakukan kezaliman di tanah Palestin.

“Kami ingin memberi amaran kepada Zionis Israel untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa atau sedia menanti kebangkitan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jumaat lalu, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Israel buka semula Masjid Al-Aqsa]

Saluran berita bebas negara Arab, Al- Jazeera melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Bagaimanapun,  Reuters melaporkan Israel telah membuka semula kawasan tersebut semalam.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Wakil bukan Islam dalam Pas senada dengan Pas Pusat dalam menyatakan pendirian membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017
  • KUALA LUMPUR - Pesta gay yang didakwa bakal dianjurkan di ibu kota pada 30 September depan adalah jalan singkat yang boleh mengundang murka ALLAH.
  • KOTA BHARU - Susulan pertimbangan kerajaan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung tragedi Memali, Pas telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Untuk Membela Mangsa Tragedi Memali di sini hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Hampir 100 ahli parti Pas berkumpul di hadapan pejabat akhbar berbahasa mandarin di Taman Maju Jaya, di sini sebagai melahirkan ketidakpuashatian dengan tindakan akhbar berkenaan yang mengeluarkan karikatur berbentuk penghinaan berikutan memperlekeh Rang Undang-undang (RUU) 355.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.