FOTO seorang pemandu lelaki yang didakwa memotong barisan di sebuah hentian tol dan dirakam menunjuk isyarat lucah kepada pemandu lain viral di Facebook hari ini.

Foto tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pelayar di laman Twitter, empat jam lepas.

"Lelaki tak ada adab. Orang lain dah beratur panjang sampai jem dekat belakang dia terus masuk line depan. Kena hon then cari gaduh," kata pelayar tersebut bersama tiga foto yang menunjukkan muka pemandu terbabit dan no plat kenderaannya jenis Myvi berwarna kelabu.

Susulan itu, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia, @PDRMsia menggalakkan pelayar terbabit supaya membuat laporan polis.

"Salam hormat, anda diminta tampil di mana2 balai berhampiran utk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih," kata @PDRMsia.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • Zakat Selangor menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 yang diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah seperti yang tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
  • PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.
  • Tular satu artikel mengenai pengurusan hasil negara yang dikatakan diambil dari sumber Group Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.