PORT DICKSON - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di kilometer 20 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa yang maut, N Anathan, 27, maut di tempat kejadian selepas badannya putus dua daripada paras pinggang ke bawah dan putus kaki sebelah kiri.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu si mati berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan dan berpusing kemudian melanggar pembahagi tengah lebuh raya.

"Kemalangan itu menyebabkan si mati yang memandu bersendirian tercampak keluar daripada keretanya.

"Lokasi kemalangan merupakan jalan lurus, dua lorong arah yang sama.

"Kerosakan kereta tersebut adalah remuk bahagian hadapan, sebelah tepi kanan dan belakang," katanya.

Zainudin berkata, mayat si mati di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BENTONG - Seorang lelaki maut selepas tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas tengah malam tadi.
  • SUNGAI PETANI - Dua maut, 14 cedera dalam kemalangan di kilometer 68 Jalan Sungai Petani-Butterworth dekat Kampung Padang Buluh, Tikam Batu apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bertembung dengan van pekerja dalam kejadian 5.55 pagi tadi.
  • JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pemandu treler yang mengakibatkan lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.
  • KEMAMAN - Belum sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang mengorbankan dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya mengakibatkan dua lagi mangsa maut di daerah ini, awal pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang lelaki penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 19.5 Lebuhraya Seremban Port Dickwon (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 8 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.