MACHANG - Seorang pelajar tingkatan dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Machang - Pasir Puteh, di sini petang semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, Mohamad Syazman  Mohd Mahadi, 14 , meninggal dunia di tempat kejadian, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Dzulkifli Abdul Ghani ber­­kata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Mohamad Syazman yang datang dari arah Machang - Pasir Puteh telah melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan yang sedang membelok ke kanan.

“Akibat pelanggaran itu,  Mohamad  Syazman maut di tempat kejadian.

“Mangsa  maut  dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat  sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Terap, Jorak, di sini, pagi tadi.
  • KOTA TINGGI - [VIDEO] Seorang pemandu lori maut selepas terhempap 'bucket' lori yang dipercayai mengalami masalah hidraulik ketika sedang membetulkan kenderaan tersebut di Felda Lok Heng Selatan kira-kira jam 12 tengahari tadi.
  • BATU GAJAH - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lama Siputeh - Pusing pagi tadi.
  • SEREMBAN - Seorang pemandu lori terselamat selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus berhampiran kolam pancing ikan air masin di sini, awal pagi tadi.
  • TAIPING - Seorang jurutera lelaki warga Korea maut selepas kereta dipandunya terperosok di bahagian belakang sebuah lori di KM226.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran susur keluar kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bukit Gantang, pagi tadi.