KUALA LUMPUR - Seorang bayi berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi. 

Kejadian itu diceritakan sendiri oleh salah seorang mangsa, Muhammad Ihsan Husin , 16. 

Menurutnya, ketika detik cemas itu, dia bersama lima rakannya yang lain berjaya mengeluarkan seorang bayi yang merupakan anak kepada seorang penyelia di pusat tahfiz itu yang dikenali sebagai Ustaz Azahari.

"Waktu itu, pintu nak keluar asrama dah terbakar, saya nampak ada orang sedang cabut gril di pintu. Ketika di bawah saya lihat keadaan orang sudah bising. Isteri ustaz jerit cakap tolong ada bayi. 

"Saya dan kawan-kawan tolong selamatkan bayi itu yang berada di tingkat atas yang terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan 21 pelajar, dua guru maut di lokasi]

Menurut Muhammad Ihsan, ketika kejadian dia berada di tingkat dua.

Tambahnya, kawannya telah panjat tingkap untuk selamatkan bayi, manakala dia berada di tingkat dua untuk sambut bayi terbabit.

Dalam kejadian itu, seramai 21 pelajar dan dua guru disahkan maut di lokasi kejadian selepas pusat tahfiz dijilat api.  

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Pihak bomba sedang menyiasat punca kebakaran dari pelbagai aspek dengan melihat kemungkinan api berpunca dari kipas angin atau peralatan elektrik yang ada di lokasi kejadian.
  • JOHOR BAHRU - Tujuh lelaki warga Indonesia terselamat apabila kapal barter trade yang dinaiki mereka terbakar ketika sedang belayar berhampiran perairan Tanjung Labuh, dekat Batu Pahat, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Tujuh suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.
  • KUALA LUMPUR - Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) Mohd Zahid Mahmood menafikan dakwaan wujud masalah hubungan antara ibu bapa mangsa kebakaran dengan pihak pengurusan tahfiz di Keramat Hujung itu.
  • KUALA LUMPUR - Gejala penagihan dadah di sekitar kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, semakin berkurangan sejak kejadian kebakaran tersebut berlaku baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.