KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.
   
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu.
   
Katanya kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu.
   
"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
   
Zakaria berkata selepas menikam mangsa, suspek panik dan tertinggal pisau di tempat kejadian semasa melarikan diri sebelum kekasih baharu pelajar perempuan itu menjerit meminta bantuan.

Beliau berkata ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul.
   
Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
   
Zakaria berkata suspek yang menyerah diri semalam kini ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Empat daripada enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dituduh membunuh dan bersubahat membunuh Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu seorang doktor bahawa kesan lecur dan terbakar dialami mangsa disebabkan letupan ketika latihan di kem tentera.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan empat akaun berjumlah RM3.6 juta dan menyita kenderaan mewah bernilai RM1.3 juta.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas dipenjara 12 bulan dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku bersalah dua pertuduhan menipu berhubung urusan pembelian saham Koperasi Pelaburan Pekerja Proton Berhad (Kopro) berjumlah RM350,000, 11 tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Statistik Op Selamat 12 sempena Tahun Baharu Cina 2018 selama 14 hari bermula 9 Februari lalu, menunjukkan pengguna motosikal kekal menjadi penyumbang utama kemalangan maut.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan dua inisiatif baharu untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pewujudan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) dan Tabung Khas bagi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat).