KUCHING - Polis telah menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang tadi setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.“Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya,” katanya dalam  kenyataan di sini.

Dev berkata setakat ini polis telah menerima tujuh laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CYBERJAYA - Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif iaitu saringan awal kemasukan pelajar antarabangsa bagi memastikan mereka benar-benar kompeten dan layak sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran di negara ini.
  • SEPANG - Sanggup jual ganja untuk hidup mewah biarpun masih bergelar pelajar kolej.
  • KUALA TERENGGANU - Ibu mangsa buli melibatkan pelajar kolej vokasional di sini, meluahkan rasa kesal kerana dakwaan bahawa anaknya dipukul hampir 20 pelajar senior kerana enggan melakukan seks oral tersebar di laman sosial.
  • SUNGAI BESAR - Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang bertanggungjawab berurusan dengan disiplin sekolah diingatkan supaya bergerak lebih aktif dan cepat terutama dalam membuat laporan berhubung masalah disiplin pelajar.