BATU GAJAH - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lama Siputeh - Pusing pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis daerah Batu Gajah, Superintendan Tan Boon Hooi berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa bertembung dengan sebuah motosikal dinaiki dua beradik perempuan yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bemban Setia.

Menurutnya, lelaki berusia 39 tahun itu datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan kedua beradik itu lalu bertembung di jalan menghala ke Pusing.

"Akibat pertembungan itu, kesemua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan telah dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan selanjutnya.

"Bagaimanapun, polis dimaklumkan lelaki itu telah meninggal dunia di wad kecemasan kira-kira jam 8.30 pagi,"katanya.

Boon Hooi berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua motosikal mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan siasatan masih dijalankan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Terap, Jorak, di sini, pagi tadi.
  • KOTA TINGGI - [VIDEO] Seorang pemandu lori maut selepas terhempap 'bucket' lori yang dipercayai mengalami masalah hidraulik ketika sedang membetulkan kenderaan tersebut di Felda Lok Heng Selatan kira-kira jam 12 tengahari tadi.
  • SEREMBAN - Seorang pemandu lori terselamat selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus berhampiran kolam pancing ikan air masin di sini, awal pagi tadi.
  • TAIPING - Seorang jurutera lelaki warga Korea maut selepas kereta dipandunya terperosok di bahagian belakang sebuah lori di KM226.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran susur keluar kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bukit Gantang, pagi tadi.