KAMPAR - Seorang pekerja premis menjual pakaian dan peralatan sukan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 31 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Faez Manap, 25, beralamat di Kampung Gunung Panjang, Gopeng yang memandu kereta Proton Iswara maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa dipercayai memandu kereta dari arah Kampar menghala ke Ipoh.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi, mangsa gagal mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan bertentangan.

"Pada masa sama, sebuah kereta Toyota Harrier dipandu peniaga lelaki berusia 54 yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu berlanggar dengan kenderaan dipandu mangsa di laluan menghala ke Kampar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, peniaga terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR CHENEH BARU - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Neram 2 - Cheneh, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Jalan Bypass Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman petang tadi mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
  • REMBAU - Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam nahas di kilometer 235.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • BANDAR BAHARU - Tiga maut termasuk bayi berusia enam bulan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah sebuah kereta dan lori di jalan Kampung Batu 12, Terap, 12.15, tengahari tadi.
  • TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.