KLUANG - Seorang lelaki warga China ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Jalan Terubuk 3, Kahang dekat sini, petang tadi.

Mangsa, Wang Weihang,37, yang bekerja sebagai pegawai polis di China di temui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya lebih kurang jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, menyedari kejadian tersebut rakan serumah mangsa yang berusia 52 tahun itu telah bertindak menghubungi Balai Polis Kahang.

Katanya, ketika kejadian rakannya berada di rumah dan mula rasa hairan mangsa masih belum bangun tidur walaupun sudah petang.

"Rakannya cuba mengetuk pintu bilik tersebut dan memanggil nama mangsa namun tiada tindak balas darinya.

"Kemudian rakannya cuba melihat melalui tingkap dan telah dapati mangsa terbaring di atas katil.

"Rakannya kemudiannya telah memecahkan pintu bilik tersebut untuk memberi bantuan dan telah dapati kawannya telah meninggal dunia,.

"Mayat mangsa kemudiannya telah di hantar  ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk tujuan post mortem bagi mengetahui punca kematian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan Pegawai Polis di negara China.

"Rakan serumahnya telah berkawan dengan mangsa sudah hampir tujuh tahun. Rakan mangsa turut memaklumkan bahawa mangsa telah datang ke negara ini sejak bulan 11 tahun lepas.

"Menurut rakannya, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit. Malah, rakannya juga turut  memberitahu bahawa mangsa kerap tidur lewat malah pernah tidak tidur langsung," katanya.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan pihak polis ke atas mayat lelaki warga China itu mendapati tidak mempunyai kesan kecederaan luaran pada badan mangsa.

Jelasnya, mangsa juga merupakan orang kena tahan (OKT) yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Kluang di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 12 Disember tahun lepas.

Katanya, mahkamah juga telah memerintahkan Passport Antarabangsa mangsa ditahan sementara sehingga selesainya kes tersebut.

"Bagaimanapun, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR PUTEH - Perkelahan empat keluarga sempena cuti Perayaan Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila lima daripada mereka lemas di pantai di Kampung Tok Bali, di sini.
  • KUALA LANGAT - Seorang pengurus duti syarikat penerbangan Malindo Air maut kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 18.8 Lebuhraya Elite arah selatan, di sini, semalam.
  • BAGAN DATUK - Seorang pelajar berusia 12 tahun maut setelah terkena pisau sawit di dadanya di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat petang semalam.
  • PASIR MAS - Gara-gara menegur tindakan seorang lelaki kurang siuman membaling serpihan atap rumah ke rumahnya, pesara polis maut dipukul individu berkenaan dalam kejadian Kampung Apa Apa, di sini semalam.