KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata, kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah kita terima daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

"Kita akan proses apa yang dipulangkan itu... PDRM adalah sebahagian daripada pasukan siasatan kes ini dan menunggu apa sahaja arahan susulan yang akan diberikan oleh pihak Peguam Negara.

“Bagaimanapun pada masa ini saya tidak dapat nyatakan apakah tindakan susulan yang akan kami lakukan bagi mengelak siasatan kes ini terjejas,” katanya ketika sidang media sejurus menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan sebuah portal semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB masih berjalan namun setakat ini masih kekurangan bukti, kata

Mohamed Apandi turut menafikan dakwaan bahawa laporan kes itu sudah ditutup, sebaliknya kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada Pejabat Peguam negara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerajaaan Malaysia gagal dalam permohonan untuk menangguhkan pemfailan pernyataan pembelaan masing-masing.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali gagal dalam percubaannya mencabar keputusan ketua audit negara yang mengklasifikasikan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan kes tanah di Kampung Sungai Yu, Tanjung Karang.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas Exco Negeri Johor yang disiasat pada awal tahun ini.