PASIR GUDANG - Hujan lebat sejak jam 3.30 petang tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pasir Gudang dilanda banjir kilat.

Paling kritikal seperti yang tular di media sosial membabitkan Lebuh Raya Pasir Gudang dari kedua-dua hala berhampiran Taman Rinting dan Bandar Seri Alam.

Keadaan itu telah menyebabkan deretan kenderaan terperangkap dalam banjir kilat berkenaan apabila hujan tidak berhenti sejak lebih tiga jam lalu.

Sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, seramai 10 anggota beserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang terlibat membuat pemantauan di Kampung Sungai Rinting dan Kampung Pasir Putih.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.