SHAH ALAM – Pas melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Hawk 108, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Hasri Zahari di Chukai, Terengganu petang semalam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, khidmat cemerlang mereka sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.

“Marilah kita pohonkan doa agar kedua-dua mangsa ditempatkan bersama orang-orang soleh.

“Semoga ahli keluarga mangsa dan sahabat handai menerima ujian tersebut dengan penuh sabar dan tabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[Pesawat pejuang milik TUDM dilapor hilang]

Terdahulu, pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 hilang di persekitaran Udara Kuantan iaitu di persimpangan Terengganu dan Pahang.

TUDM memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11:30 pagi.

Susulan proses mencari dan menyelamat, mayat kedua- dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang semalam di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUTTERWORTH - Laporan awal siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dikeluarkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
  • KUALA LUMPUR - Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai pesawat pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengorbankan dua juruterbang dalam nahas di Chukai, Terengganu semalam.
  • KEMAMAN - Sebuah lokasi kira-kira dua kilometer dari lokasi dua mayat juruterbang pesawat Hawk 108 ditemukan di Jalan Chukai-Ibok berdekatan Kampung Yak Yah pada 2.30 petang semalam, menjadi tumpuan orang ramai hari ini.
  • SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menahan sepasang suami isteri di Balai Berlepas Antarabangsa, KLIA 2, kerana membawa wang tunai berjumlah RM700,000 yang ditemui di dalam bagasinya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.