KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menyifatkan peguam, Siti Kasim cuba menentang dan mencabar Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan biadabnya dalam ucapan Aidiladha lalu. 

Timbalannya, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, status dimuat naik peguam itu di laman Facebook berkait kisah Nabi Ibrahim as dan ibadah korban adalah menyeleweng dari agama Islam sekali gus memperlihatkan dia seolah-olah menentang Agong selaku penaung agama Islam di negara ini. 

“Status tersebut boleh menyebabkan timbul salah faham yang jelas kepada umat Islam kerana ibadah (korban) yang dilakukan adalah ajaran sebenar, namun diselewengkan Siti Kasim sendiri. 

“Siti Kasim juga secara berani berkata, mimpi Nabi Ibarhim as adalah satu mimpi yang tidak benar, sedangkan kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, hari ini. 

Seramai 30 ahli pemuda yang turut hadir ke membuat laporan di IPD Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 10.30 pagi. 

Selain Siti Kasim, pihak itu turut membuat laporan terhadap David Orak yang menyokong penghinaan terhadap Nabi Ibrahim dengan menyatakan Nabi Ismail as anak luar nikah hasil zina Nabi Ibarhim as dan Siti Hajar. 

Sementara itu, laporan turut dibuat ke atas seorang pemimpin DAP, Ronie Liu kerana kenyataannya yang didakwa menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menulis komen ‘pedagang Islam’ dan ‘bertopeng agama’. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Ucapan peguam, Siti Kasim yang dikatakan membuat kenyataan di sebuah portal bahawa kisah mimpi Nabi Ibrahim yang termaktub dalam al-Quran bukan daripada tuhan, sempena Hari Raya Korban yang lalu dikecam.
  • KUALA LUMPUR - Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim, 54, semalam didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.