KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membongkar premis simpanan dan jualan 'Poly-Alumunium Pipe' (paip poli-alumunoum) disyaki tiruan.

Pembongkaran itu dibuat dalam dua serbuan berasingan di Kepong Enterprenuers Park dan Kawasan Perindustrian Kepong, dekat sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof Bin W Taib,  berkata, serbuan kira-kira jam11.15 pagi itu dibuat hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, pemeriksaan berjaya merampas sebanyak 833 gelung paip poli-alumunium pelbagai saiz dan ukuran dianggar bernilai RM143,300.

"Dalam serbuan pertama, kita telah merampas sebanyak 255 gelung paip bernilai kira-kira RM29,300.

Antara paip poli-alumunium disyaki tiruan yang dirampas.

"Susulan itu, bertindak hasil maklumat, serbuan kedua dijalankan di sebuah premis yang merupakan pejabat dan stor. Pemeriksaan telah merampas 578 gelung paip bernilai RM114,000," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika serbuan pihak pejabat premis terbabit cuba berpura-pura tidak mengaku stor di premis itu bukan milik mereka.

Katanya, bila diperiksa pekerja terbabit, telah ditemui kunci yang merupakan kunci stor terbabit.

"Barangan ini dipercayai diimport dari luar negara sebelum dijual ke seluruh negeri dengan harga original," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mengambil kesempatan sempena bakal berlangsungnya perlumbaan Formula One (F1) Petronas Malaysia Grand Prix dengan menjual barangan cenderamata F1 tiruan.
  • SHAH ALAM - Sindiket menyeludup dan menjual penapis minyak (oil filter) disyaki tiruan tumpas dalam serbuan di Taman Perindustrian Pulau, Pelabuhan Klang.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu sebuah stor simpanan barang tiruan di sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, Rabu lalu.
  • KLANG - Cermin mata tiruan dianggar bernilai RM43,785 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dalam serbuan di pusat pemborong, dekat sini, hari ini.