SHAH ALAM - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) 10 anak kapal USS John S McCain, kapal perang pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dengan kapal MV Alnic MC di Johor Timur, Malaysia, diteruskan tanpa ditangguh.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar dalam kenyataannya hari ini berkata, unit SAR yang terdiri daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) PDRM dan juga Jabatan Laut Malaysia sentiasa komited dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

“SAR pada hari ketiga ini dilaksanakan dengan sektor pencarian SAR masih dikekalkan kepada dua sektor utama, laut dan udara yang mana keluasan sektor pencarian telah diperluas kepada sektor laut 400 batu nautika persegi dan sektor udara 550 batu nautika persegi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pertama dijumpai, mungkin anak kapal AS

Kelmarin, sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Amerika Syarikat dan sebuah kapal dagang berlanggar di perairan Malaysia dengan Tentera Laut Amerika melaporkan 10 kelasi kapal dilaporkan hilang dan lima lagi cedera, demikian menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan  Singapura (MPA).

Menurut MPA, kapal pemusnah USS John McCain, dan kapal dagang yang berdaftar di Liberia, Alnic MC, berlanggar dengan sebuah kapal dagang kira-kira 5.30 pagi.

MPA berkata tiada laporan tentang pencemaran minyak dengan laluan trafik kapal di Selat Singapura tidak terjejas berikutan pelanggaran itu.

Kapal USS John McCain mengalami kerosakan di bahagian belakang dan meminta bantuan untuk ditunda manakala Alnic MC mengalami kerosakan di tangki bahagian depan, 7 m di atas garis air, namun tiada anggota kru mengalami kecederaan.

Menurut  Tentera Laut Amerika Syarikat, 10 kelasi kapal dilaporkan hilang dan lima lagi cedera.

Mengulas lanjut,  Indera Zulkifili  Abu Bakar berkata, permohonan Australia untuk menerbangkan pesawatnya PC3 Orion di sektor pencarian ruangan udara Malaysia juga telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Malaysia.

"Ini bagi membolehkan pesawat dari negara berkenaan membantu pasukan kita mencari dan mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang di perairan Malaysia," katanya.

Beliau turut mengulas keadaan cuaca di lokasi SAR pada hari ini adalah cerah dengan tiupan angin selaju 10 hingga 20 kilometer sejam serta ketinggian ombak mencecah 0.5 hingga 1.0 meter tinggi.

"Manakala jarak penglihatan sehingga 10 batu nautika. Maritim Malaysia bersama agensi SAR lain seperti TLDM, PPM dan Jabatan Laut Malaysia akan terus memberikan komitmen tinggi bagi memastikan operasi SAR ini berjalan dengan sempurna," katanya.

Katanya,  seluruh warga Maritim Malaysia ingin mengambil kesempatan menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Tentera Laut Amerika Syarikat amnya dan khususnya kepada kru kapal USS John S McCain.

Sebelum ini, pada awal pagi 21 Ogos 2017 lalu kapal perang pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dengan kapal MV Alnic MC di Johor Timur, Malaysia, di perairan Teluk Ramunia, kedudukan 4.5 batu nautika Barat Daya Tompok Utara, Johor Timur, Malaysia.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Mayat pertama dipercayai anak kapal perang pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, USS John S McCain ditemui pasukan SAR menerusi KD Handalan petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat itu terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang di timur perairan Johor awal hari ini.
  • SINGAPURA - Sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Amerika Syarikat dan sebuah kapal dagang berlanggar di perairan Singapura hari ini dengan Tentera Laut Amerika melaporkan 10 kelasi kapal dilaporkan hilang dan lima lagi cedera, demikian menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
  • BUTTERWORTH - Sebuah kapal layar yang dinaiki dua individu dihanyut ombak kuat di perairan berhampiran Perai di sini malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.