KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Presiden Malaysian Society of Clinical Psychology, Dr Zubaidah Jamil Osman berkata, tindakan menyebarkan video dan gambar mereka yang terlibat dalam kebakaran terbabit boleh menjejaskan emosi keluarga mangsa.

"Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain.

"Pihak Psych HKL sedang menjalankan Paychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pelajar tahfiz reda pemergian anaknya]

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 200 pusat tahfiz di seluruh negara, susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, 14 September lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).
  • KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua guru, hari ini lima remaja dan seorang kanak-kanak dihadapkan ke muka pengadilan.
  • KUALA LUMPUR - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.