• Yap Kim Fat menunjukan kecederaan yang dialami selepas ditumbuk pembuli jalan raya. Yap Kim Fat menunjukan kecederaan yang dialami selepas ditumbuk pembuli jalan raya.
1 /

SEGAMBUT – Hanya kerana membunyikan hon ke arah sebuah kereta yang menghalang laluan, seorang nenek berusia 55 tahun ditumbuk bertubi-tubi oleh pemandu kenderaan terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching 29 Jun lalu, mangsa Yap Kim Fat  terpaksa menanggung azab selama beberapa saat sebelum penyerangnya itu melarikan diri selepas panik  melihat muka mangsa berlumuran darah.

Seorang penunggang motorsikal  yang menyaksikan insiden itu  cuba mengejar  suspek  dengan motorsikal, namun dia juga nyaris dilanggar selepas suspek bertindak lebih agrerif dalam usahanya melarikan diri.

Yap Kim Fat berkata, kejadian itu menyebabkan dia mengalami  pendarahan teruk pada bahagian hidung menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur berikutan kecederaannya yang agak serius.

“Saya masih ingat suspek berbadan  besar  suruh saya buka tingkap sebelah pemandu, bila tingkap dibuka suspek tumbuk muka  saya   sambil tanya kenapa bunyikan hon kereta,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia terpaksa ditahan wad selain terpaksa menanggung kesakitan sehingga ke hari ini malah perniagaan kebun bunga turut terjejas.

“Saya harap pihak polis dapat memberkas suspek kerana laporan polis sudah dibuat sejak seminggu yang lalu di Balai Polis Jinjang dan nombor pendaftaran kereta suspek juga sudah saya berikan,”katanya

Jelasnya, suspek perlu ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan sebelum orang lain menjadi mangsa.