ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya ada dua pilihan, sama ada menahan Jho Low dan melakukan siasatan dalam negara, atau bercuti serta-merta sehingga kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, susulan perkembangan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya dan melakukan siasatan jenayah, ia boleh mengancam kedudukan Najib mahupun negara.

“Ini bermakna DOJ ada asas kukuh tahan Jho Low untuk disiasat dan beri  kesan kepada masa depan politik Najib, termasuk Malaysia kerana Jho Low tahu banyak rahsia berkaitan,” katanya selepas siri jelajah Invoke ‘Bina Semula Negara’, semalam.

Justeru katanya, adalah lebih baik Najib sendiri yang arahkan Jho Low ditahan dan dibawa balik ke Malaysia untuk pastikan AS tidak dapat berbuat demikian.

“Beliau orang yang rapat dengan Najib jika disoal siasat di AS, banyak bukti akan terlondeh dan dedahkan kerahsiaan negara, selain memalukan kita.

"Pilihan lain ialah Najib berkorban dan ambil cuti serta-merta daripada jawatan Perdana Menteri, kerana kita tak boleh kompromi Perdana Menteri ada hubungan rapat dengan individu dikaitkan skandal 1MDB,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga harus diambil tindakan segera oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Khalid tak boleh lagi bagi alasan, apabila AS buru Jho Low, ada kemungkinan beliau akan ditangkap. Khalid patut ketepikan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan bersikap amanah dan telus,” katanya.

Menurutnya, Najib tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan terbaru itu kerana jika siasatan dilakukan di luar negara dan mengikut perundangan luar, risikonya lebih besar.

“Eloklah Najib bercuti sementara perkara itu diselesaikan secara baik kerana selagi bergelar Perdana Menteri, ia berisiko kepada negara dan ancam kedudukan Malaysia dari perspektif kepentingan negara,” katanya.

Mohd Rafizi berkata, hasil siasatan itu kelak akan menyebabkan integriti Najib dan negara lemah, selain jejaskan hubungan dua hala.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali gagal dalam percubaannya mencabar keputusan ketua audit negara yang mengklasifikasikan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membatalkan saman yang dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang menuntut wang RM2.6 bilion dan RM42 juta yang didakwa dikreditkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 10 anggota Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) tidak mempunyai locus standi untuk menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelesaian tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.