KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berhubung rakaman 'Live Video'  berhubung pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Najib, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Tony Pua atau nama sebenarnya Tony Pua Kiam Wee sebagai defendan.

Melalui pernyataan tuntutannya, Tony pada 6 April lalu, telah memuat naik rakaman Live Video (video langsung) berdurasi dua minit 21 saat di Parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pohon batalkan saman Tony Pua]

Plaintif menyatakan,  video bertajuk BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill di akaun Facebook beliau pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada  6 April lalu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepada beliau.

Plaintif mendakwa laman facebook rasmi defendan boleh diakses secara meluas di seluruh dunia dan ditonton sebanyak 84,788 kali sehingga 20 April 2017.

Plaintif mendakwa, perkataan-perkataan fitnah tesebut memfitnahnya secara slander di bawah Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 terhadap jawatan yang dipegang plaintif iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Dakwa beliau, perkataan fitnah tersebut membawa maksud plaintif menyalahguna kuasa dengan memberi arahan melalui kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-undang lain.

SITI AZIELAH WAHI
 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilarang daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menetapkan 3 Ogos untuk keputusan terhadap permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan saman oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung isu salah laku dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencabar keputusan Ketua Pengarah Imigresen yang melarangnya ke luar negara.
  • KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy digesa membuat laporan polis terhadap kemungkinan berlalu penyelewengan melibatkan 'orang dalam' dalam entiti pelaburan itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.