IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut manakala dua wanita cedera selepas dilanggar sebuah van yang merempuh beberapa buah gerai di Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid  berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya kejadian berlaku pada kira-kira  9.45 malam semasa kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa serta dua beradiknya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai sebelum dilanggar kenderaan terbabit.

"Seorang peniaga lelaki berumur 30 tahun  yang mahu pulang daripada berniaga menekan pedal minyak kenderaannya dengan kuat supaya pelanggan memberi laluan kepadanya.

"Secara tiba-tiba van tersebut terus laju ke hadapan lalu melanggar beberapa buah gerai dan juga beberapa orang di pasar berkenaan termasuk si mati," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasadid berkata dua wanita yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala masing-masing dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.

Katanya, pemandu van itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk siasatan. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NIBONG TEBAL - Seorang wanita yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Sungai Bakau, Sungai Acheh, di sini awal pagi ini.
  • MIRI - Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bintulu-Tatau pagi tadi.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • TUMPAT - Seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut dalam kemalangan di hadapan Balai Polis Wakaf Bharu di Kilometer 6 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor malam tadi.
  • BUKIT BESI - Seorang lelaki, Fadridzul Izham Ahadam, 32, maut dalam nahas jalan raya di kilometer 81 Jalan Jerangau-Jabor, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.