KUALA LUMPUR -  Premis menjual minyak wangi disyaki tiruan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Operasi dijalankan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya bersama wakil cap dagang.

“Dalam operasi ini, kita telah menyerbu tiga buah premis, namun dua sahaja dikesan positif.

“Sebanyak 1,865 botol minyak wangi berjenama Chanel yang dianggarkan bernilai RM11,190 disyaki tiruan telah dirampas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah merekod dua pengurus premis warga Pakistan berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati minyak wangi disyaki tiruan ini diperoleh dari luar negara sebelum dipasarkan di premis terbabit secara runcit.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LENGGONG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan bernilai RM29.25 juta melibatkan 8,487 kes atas pelbagai kesalahan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
  • LAHAD DATU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM31,363.80 sepanjang operasi berterusan bermula Januari hingga minggu pertama November, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Mencetuskan provokasi dan kononnya telah mengarah ahli kongsi gelap untuk menghalau pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daripada membuat serbuan di gudang simpanannya.
  • SELAMA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak 'pilih bulu' dalam menyelesaikan sebarang masalah melibatkan pelbagai kaum di negara ini.