SELAYANG - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa akan mengemukakan tindakan saman terhadap penulis blog, Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.

Husam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tersebut sekiranya tiada permohonan maaf diterima daripada Zaharin berhubung dakwaan itu dalam tempoh tujuh hari akan datang.

Menurut beliau lagi, surat tuntutan guaman juga telah dihantar kepada Zaharin bagi memastikan penulis itu  membuat permohonan maaf dan menarik balik dakwaan itu.

"Apa yang dikatakan Zaharin tidak benar sama sekali. Pihak kami akan buat tuntutan saman dan fail tuntutan ini akan membuktikan yang tuduhan Zaharin tak benar," kata Husam ketika ditemui dalam sidang media di Wisma Amanah Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zaharin pada 10 April menerusi muat naik statusnya mendakwa Husam menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk Pas.

Menurut Zaharin, ia berlaku ketika Husam masih bersama parti itu.

Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada perniagaan lain yang bukan haram.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan Setiausaha dan Speaker Dewan Rakyat bagi membatalkan saman Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Hee Loy Sian kerana menolak dua soalan yang dikemukakan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen akan diketahui 19 Februari depan.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tiga hari bermula 24 April untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap perdana menteri itu yang disiarkan dalam sebuah artikel, tiga tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,613 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga 30 Disember 2017.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 327 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan pemandu kereta pada Op Tutup yang dijalankan di beberapa lokasi bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara, malam tadi.