SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan tular berkaitan cuaca panas melebihi 40 darjah celcius untuk lima hari akan datang  yang tersebar di laman media sosial.

Dalam satu kenyataannya menjelaskan perkara tersebut.

"Matahari juga bukan berada di kedudukan garisan khatulistiwa manakala suhu tertingi tercatat pada minggu lalu ialah 36 darjah celcius dan tidak mencapai suhu gelombang haba (37 darjah celcius).

"Berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang yang telah mula berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan lemahnya taufan lan.

"Keadaan ribut petir tersebut dilihat normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini," kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, rakyat dikejutkan dengan berita tular di media sosial mendakwa cuaca panas melebihi hinga 40 darjah celcius akan melanda negara untuk lima hari akan datang ini.

Sementara itu, MMD juga meminta agar orang awam mendapatkan maklumat yang sah daripada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Orang awam dari semasa ke semasa dinasihatkan mendapatkan maklumat sahih di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, sosial media atau MetMalaysia Hotline," katanya lagi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Hujan sangat lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di daerah Pekan dan Rompin, Pahang serta di bahagian Segamat dan Mersing,Johor.
  • KUALA LUMPUR - Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga esok di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.
  • KUALA LUMPUR - Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia perlu terus bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku berikutan proses pertukaran monsun yang dialami kini.
  • KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40‎ hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di beberapa kawasan dijangka berlaku sehingga Rabu ini.