ALOR SETAR - Mayat seorang nelayan lelaki warganegara Thailand yang dilaporkan hilang di laut akibat bot dinaiki bersama tiga lagi mangsa dilanggar oleh kapal dagang di perairan barat Kuala Muda, Sungai Petani, 9 Mei lalu, ditemui, petang semalam.

Mayat Ekkachai Sutprasoet, 30, ditemui pada jam 2.30 petang, terapung oleh nelayan sedang menangkap ikan di 35 batu nautika dari Pulau Langkawi.

Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata mayat lelaki yang hilang selama enam hari itu ditemui oleh nelayan tempatan dalam keadaan tertiarap dalam keadaan kembung.

"Susulan maklumat itu, bot Maritim telah digerakkan ke lokasi penemuan lalu membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kedah pada jarak 56 batu nautika dari lokasi penemuan.

"Sejurus tiba, rakan serta rakan pemilik bot pukat tunda berkenaan diminta membuat pengecaman awal dan mengesahkan mayat.

"Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat  bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,"katanya, dalam kenyataan media, hari ini.

Selasa lalu, dalam satu inisiden berlaku kira-kira jam 4 pagi, bot nelayan dinaiki ke empat mangsa dirempuh sebuah kapal dagang.  

Ketika itu, kesemua mangsa dipercayai sedang menarik pukat di kawasan 35 batu nautika dari perairan Kuala Muda, Sungai Petani.

Akibat kejadian itu, dua mangsa berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain yang menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Manakala, seorang lagi mangsa dikenali Somchak Sutprasert, 33, yang disahkan meninggal dunia. Dia merupakan abang kepada Ekkachai Sutprasoet yang dipercayai hilang dibawa arus, pada masa kejadian.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PARIT BUNTAR - Seorang warga emas ditemui mati mengejut sewaktu sedang memesin rumput di kawasan sawah padi miliknya di Kuala Bagan Tiang, di sini tengahari tadi.
  • MARANG - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika melintas untuk ke kedai runcit di seberang jalan di Jalan Marang ke Wakaf Tapai di Taman Dato Ibrahim di sini, sekitar jam 5.00 petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.