JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara ditemui dalam keadaan dihurung lalat dan sudah reput di tepi jalan kawasan Shah Bandar menghala ke Jabatan Laut Iskandar Puteri, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11.20 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, ketika ditemukan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan memakai tshirt bewarna merah dan seluar pendek paras lutut bewarna hitam di sisi sebatang pokok pisang dan berhampiran semak samun di kawasan berkenaan.

“Keadaan mayat ketika ditemui sudah mereput dan mengeluarkan ulat dalam keadaan tertiarap. Polis turut menemui sebuah beg hitam yang mengandungi dokumen seperti buku bank tabung haji, lesen memandu dan kad pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di bawah nama Hasnizam Omar.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Noor Hashim berkata, semakan pada nombor kad pengenalan mendapati satu laporan polis berhubung kes orang hilang telah dibuat.

“Menerusi nombor kad pengenalan yang diperolehi, satu laporan mengenai orang hilang telah dibuat oleh seorang kenalannya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :