JOHOR BAHRU - Polis hari ini menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dengan kesan terbakar hampir 80 peratus pada badannya di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata mayat kanak-kanak yang dianggar berusia setahun itu ditemui pada pukul 4.30 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mayat itu dibungkus dalam beg plastik sebelum dibakar, katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya pemeriksaan awal juga mendapati ada kesan lebam pada dahi mangsa.

Polis juga menemui tong berisi minyak petrol dipercayai diguna untuk membakar mayat kanak-kanak malang itu, katanya menambah kawasan kejadian merupakan jalan mati dan jauh daripada pandangan orang awam.

"Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menjalankan siasatan berhubung video tular yang mengaitkan penglibatan seorang pegawai polis di negeri ini dengan pengusaha judi.
  • JOHOR BAHRU - Seorang daripada dua nelayan yang hilang dalam dua kejadian bot terbalik dan karam di perairan Rambah dan Pontian, dekat sini, semalam, dijumpai mati lemas hari ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
  • JOHOR BAHRU - Mayat mendiang Loke Whay Mam, mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) di Singapura, petang semalam, tiba di bandar raya ini, hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Persatuan Polis Pencen Negeri Johor (PPPNJ) disaran supaya berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan anggota polis yang masih berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyumbang kepada bangsa dan negara.
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor bertindak mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di tempat tumpuan orang ramai termasuk pusat membeli belah, pusat hiburan dan pintu keluar masuk ke negara ini di selatan tanah air.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.