KUANTAN - Pihak polis menjumpai cebisan mayat dipercayai dikerat sebelum dibakar di Jalan Susur Gotong Jaya, Genting Highlands kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

Beberapa cebisan yang dijumpai di kawasan semak itu dipercayai mayat seorang wanita namun identiti masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, cebisan kira-kira 40 peratus anggota badan itu ditemui seorang lelaki yang ingin membuang air kecil di kawasan semak itu.

Menurutnya, pihak polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di kawasan semak berkenaan.

“Cebisan yang dibalut dengan surat khabar dan diletakkan di dalam plastik itu dibakar menggunakan minyak tanah berdasarkan bau yang ada.

“Pihak polis akan mendapatkan lapo-ran pemeriksaan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati, berkemungkinan mayat itu dibunuh tidak kurang 48 jam dan tidak lebih 72 jam.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tiga laluan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Km 4.2 Genting Highlands semalam masih belum dibuka kepada pengguna lalu lintas sehingga pukul 2 petang ini.
  • BENTONG - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah hotel di Jalan Jati, dekat Gohtong Jaya, Genting Highlands Selasa lepas.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel meminta agensi berkaitan seperti pejabat tanah dan daerah, Jabatan Perhutanan dan Bahagian Alam Sekitar kementerian berkenaan menangani isu pencemaran yang semakin serius dan menjejaskan Cameron Highlands.
  • KUALA LUMPUR - Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan mendapati kaedah pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terhadap bas yang terlibat dalam nahas di Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, adalah longgar.
  • KUANTAN - Polis hari ini mendedahkan ada beberapa ceti haram atau ah long yang bergiat di Genting Highlands menerima kenderaan serta barangan kemas sebagai cagaran pinjaman dan barangan terbabit kemudian dijual.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.