KLANG - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan berbungkus dan diikat dengan tali nilon berdekatan jeti Pelabuhan Barter Trade, Jalan ASA Niaga, Pelabuhan Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat tersebut dibungkus dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang serta berkasut.

"Batu jongkong telah diikat pada betis mangsa dipercayai untuk menenggelamkan mayat tersebut.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh di tempat lain dan dicampak ke laut hingga terdampar di lokasi penemuan," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang identiti berkenaan mangsa ditemui.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara ditemui dalam keadaan dihurung lalat dan sudah reput di tepi jalan kawasan Shah Bandar menghala ke Jabatan Laut Iskandar Puteri, di sini tengah malam tadi.
  • IPOH - Seorang lelaki ditemui lemas dalam sebuah lombong di Taman Desa Pengkalan, Pasir Puteh, hari ini selepas hampir 30 jam gagal dihubungi ahli keluarga.
  • SHAH ALAM - Satu mayat berulat ditemui terapung di kawasan perangkap sampah Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini, hari ini.
  • RAUB - Misteri kehilangan seorang pelajar lelaki yang berusia 17 tahun sejak enam hari lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya dijumpai bomba dan Angakatan Pertahanan Awam yang mereput dan terapung di sungai RTP Lembah Klau, Raub di sini, kelmarin.