KLANG - Cuba mengelak lubang besar yang dalam proses pembaikan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut sebelum terbabas dalam kejadian di Jalan Perigi Nenas 8/7, Kalan Pelabuhan Barat, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Amir Ramli berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah stesen minyak Petron hendak menuju pulang ke rumah di Sungai Pinang, Pulau Indah.

"Sampai di tempat kejadian mangsa telah terbabas kerana cuba mengelak lubang besar yang berada di tengah jalan yang dalam proses pembaikan.

"Keadaan jalan yang sedikit berbatu dan berpasir menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada kepala," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu forklif disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan beberapa kerosakan pada motosikal mangsa.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bintulu-Tatau pagi tadi.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • TUMPAT - Seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut dalam kemalangan di hadapan Balai Polis Wakaf Bharu di Kilometer 6 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor malam tadi.
  • BUKIT BESI - Seorang lelaki, Fadridzul Izham Ahadam, 32, maut dalam nahas jalan raya di kilometer 81 Jalan Jerangau-Jabor, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Hajat ke rumah ibu tak sampai apabila di maut dalam kemalamangan malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.