KEPALA BATAS - Sebuah markas Pas dan enam buah rumah penduduk mengalami kerosakan dalam kejadian angin kencang yang melanda Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komissioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian angin kencang itu berlaku kurang dari sejam.

"Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 6.45 petang sehingga 7.30 malam, angin kencang telah mengakibatkan beberapa dahan pokok besar di jalan utama telah patah sehingga menghalang laluan.

"Enam buah rumah penduduk mengalami kerosakan kecil seperti bumbung tercabut akibat ditiup angin kuat," katanya.

Katanya, selain itu, kejadian juga melibatkan kerosakan teruk pada  sebuah Markas Pas disini.

"Antara kerosakan yg berlaku ialah bahagian ditingkat atas premis yang dijadikan Markas Pas telah ditiup angin kencang dan bahagian atas premis roboh," katanya.

Markas Pas yang mengalami kerosakan dalam kejadian angin kuat petang tadi. Menurutnya, kejadian ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Cuaca pada ketika ini masih mendung dan hujan gerimis.

"Polis bersama beberapa agensi lain berada di tempat kejadian bagi memantau keadaan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistert Kuala Terengganu, di sini, hari ini, atas dakwaan melakukan khianat dengan merosakkan barangan di rumah ibunya kerana bengang wanita itu tidak memberikan wang.
  • KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan timur laut Condore, utara Reef North dan barat laut Palawan bermula esok sehingga Rabu, 3 Januari ini.
  • KUALA LUMPUR - Angin kencang Timuran dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat Palawan, Tioman, barat Labuan, Reef South dan Bunguran sehingga Ahad ini.
  • KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan tenggara Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South, bermula hari ini hingga Selasa depan (19 Disember).