"LUCU sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah." Demikian respons bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan itu disertakan bersama penafian Annuar berkaitan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebaliknya berkata, Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.

"Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW," tulisnya

[ARTIKEL BERKAITAN:TMJ tegur pemimpin jangan ambil kesempatan]

Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.

"Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan khusus untuk itu," katanya lagi.

Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara yang lain.

"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.

"Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber," katanya.

Katanya lagi, dalam isu ini beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu, kerana baginya mereka semua adalah rakan-rakannya.

"Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan sahajalah," ulasnya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Umno mempersoalkan tujuan himpunan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' anjuran Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
  • KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.
  • PUTRAJAYA - Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan selepas empat jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tepat jam 9 pagi Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad, yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kerjasama disiasat suruhanjaya itu.
  • SEPANG - “Esok pagi saya akan ke SPRM menyerah diri untuk disiasat. Ini adalah kepentingan rakyat dan isunya telah menjadi profil yang tinggi, dan rakyat mahu tahu,” demikian kata Tan Sri Annuar Musa berhubung siasatan terhadapnya isu salah guna kuasa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.