JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat tiada perubahan setakat 8 malam ini dengan mangsa banjir yang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu kekal 30 orang daripada enam keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat dalam kenyataan berkata mereka terdiri daripada lapan lelaki, 17 wanita, tiga kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita warga emas.

Sementara itu, Ayub berkata, sebuah PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, yang menempatkan empat orang daripada sebuah keluarga, akibat banjir kilat.

Hujan lebat sejak 4.40 petang tadi juga menyebabkan tiga kenderaan terkandas apabila jalan yang dilalui mereka di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur naik ke Taman Rinting di sini, dinaiki air setinggi 0.5 hingga 1 meter berikutan banjir kilat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.