IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak sehingga pukul 8 malam ini kekal dengan 167 orang daripada 47 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Manjung.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai sejak dua minggu lepas.

Banjir di kawasan itu dikenali sebagai 'banjir termenung' disebabkan air yang bertakung sejak dua minggu lalu tidak dapat mengalir keluar. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.