KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kelantan dan Terengganu setakat 4 petang ini menurun kepada 43 orang berbanding 47 pagi tadi.
Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara mangsa di Kelantan menurun kepada 22 orang berbanding 26 orang ditempatkan di pusat pemindahan di Pasir Puteh.
Manakala mangsa di Terengganu masih kekal sejak pagi tadi iaitu 21 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Surau Kg Nyatuh, Setiu.
Jumlah korban banjir di Terengganu masih kekal enam orang setakat ini.- Bernama
Artikel Berkaitan
- Mangsa banjir di Kelantan menurun pagi ini
- Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat
- Banjir di Kelantan, Terengganu tambah buruk, mangsa dipindah tambah
- Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun
- Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu kekal 47 orang
- 47 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu masih ditempatkan di pusat pemindahan
- Banjir di Kelantan dan Terengganu makin pulih
- Mangsa banjir Kelantan meningkat, Terengganu menurun
- Banjir Kelantan, Terengganu hampir pulih sepenuhnya
- Banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




